Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Legenda bola sepak negara, Shaharuddin Abdullah meninggal dunia
  • NASIONAL

Legenda bola sepak negara, Shaharuddin Abdullah meninggal dunia

Utusan Sarawak 1 year ago
SHAHARUDDIN Abdullah meninggal dunia akibat penyakit asma pada usia 75 tahun di Hospital Taiping awal pagi tadi.

IPOH: Bekas pemain bola sepak yang mewakili negara dalam Sukan Olimpik Munich 1972, Shaharuddin Abdullah meninggal dunia akibat penyakit asma pada usia 75 tahun di Hospital Taiping awal pagi tadi.

Anak keduanya Shahrina Shaharuddin, 42, berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anak kira-kira 5.07 pagi.

“Arwah memang menghidap penyakit asma sejak dua tahun lalu, dan Sabtu lepas dia mengadu sakit jadi kami bawa ke hospital.

“Arwah kemudian ditidurkan pada hari sama dan oksigen pula tidak stabil. Selepas dimasukkan ke wad ada perkembangan positif pada Isnin lepas, namun beberapa hari ini tiada respon daripadanya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, jenazah akan disembahyangkan di Surau Nurul Hidayah Kampung Bukit Jana sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kamunting selepas Zohor.

Shaharuddin yang pernah mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Munich 1972 bersama pasukan Harimau Malaya, meninggalkan tujuh orang anak.

Allahyarham yang diberi gelaran seperti ‘The Black Cat’ dan ‘Sharpshooter’ mula bermain untuk pasukan kebangsaan pada 1967. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak hilang terjatuh dalam sungai ditemukan lemas
Next: Tebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE Maybank, guna di lebih 700,000 peniaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.