Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Lee Yow Chor dilantik pengerusi MPOA
  • BISNES

Lee Yow Chor dilantik pengerusi MPOA

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK Lee Yow Chor

KUALA LUMPUR: Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) telah memilih Datuk Lee Yow Chor sebagai pengerusi baharunya untuk penggal 2020 hingga 2022, menggantikan Datuk Franki Anthony Dass yang akan bersara setelah berkhidmat dari 2016 hingga 2020.

MPOA berkata Lee ialah pengarah urusan dan ketua eksekutif  kumpulan  IOI Corporation Bhd dan merupakan pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dari Februari 2009 hingga Mac 2020.

“Pengalamannya yang luas dalam industri sudah pasti akan memberikan persatuan ini rangsangan tambahan dalam menangani isu-isu yang melanda sektor perladangan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Hap Seng Plantations Holding Bhd, Au Yong Siew Fah telah dipilih semula sebagai naib pengerusi MPOA.

Ditubuhkan pada 1999, MPOA terdiri daripada 121 syarikat perladangan yang memiliki dan atau menguruskan gabungan 40 peratus atau 1.82 juta hektar kawasan penanaman kelapa sawit di Malaysia, menjadikan ia satu-satunya persatuan terbesar mewakili industri berkenaan dalam negara. – Bernama

Continue Reading

Previous: Industri MICE rancakkan ekonomi negara
Next: Pulihkan ekonomi jadi keutamaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.