Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lebih kurang 10,000 penduduk kawasan Pulau Bruit bakal manfaat klinik kesihatan baharu
  • WILAYAH

Lebih kurang 10,000 penduduk kawasan Pulau Bruit bakal manfaat klinik kesihatan baharu

Utusan Sarawak 11 months ago
SIMBOLIK… Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Bahagian Sarikei, Badjuri Bidin memakaikan apron kepada Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab.

SARIKEI: Lebih kurang 10,000 orang penduduk seluruh kawasan Pulau Bruit bakal mendapat manfaat dari klinik kesihatan baharu yang telah siap di Kampung Semop apabila ia mula beroperasi nanti.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab berkata, kalau mengikut perancangan, klinik tersebut merupakan klinik terbesar di kawasan Pulau Bruit.

“Memang ada klinik-klinik kesihatan lain seperti klinik di Kampung Betanak, Kampung Tekajong dan Kampung Bruit…namun klinik kesihatan baharu di Kampung Semop merupakan yang terbesar dan moden yang mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih banyak. 

“Kita amat memerlukan perkhidmatan klinik yang telah siap ini untuk memberi lebih banyak akses kesihatan kepada penduduk di kawasan pulau. 

“Di kawasan pulau kalau mengikut perkiraan kita, ada lebih kurang 2,000 ketua isi rumah (KIR)…kalau kita kalikan dengan lebih kurang lima isi rumah dalam setiap satu KIR…lebih kurang 10,000 orang penduduk bakal mendapat manafaat daripada klinik tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis Korban Perdana Peringkat Bahagian Sarikei 2024M/1445H di Masjid Ar-Rahmah, Kampung Seberang Sarikei, semalam.

Katanya, klinik kesihatan baharu Kampung Semop telah siap sepenuhnya pada penghujung tahun lalu. 

“Bagaimanapun, kita masih menunggu bila klinik kesihatan baharu tersebut akan mula beroperasi. 

“Kita harap, apabila klinik ini telah dilengkapi dengan peralatan, kakitangan-kakitangan, doktor dan jururawat…ia akan dapat beroperasi dengan secepat mungkin. 

“Kita juga berharap pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang membangunkan atau membina klinik tersebut dapat mengambil perhatian untuk mempercepatkan operasinya,” katanya. 

Turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Datoʼ Sri Huang Tiong Sii dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Bahagian Sarikei Badjuri Bidin. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Lyechea Charlie Kumang Gawai Dayak Bintulu
Next: Ahli Parlimen Sarikei serah bantuan pendidikan kepada 1,484 pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.