Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih banyak perjanjian perdagangan dirangka selepas AS, UK muktamad persefahaman – Trump
  • GLOBAL

Lebih banyak perjanjian perdagangan dirangka selepas AS, UK muktamad persefahaman – Trump

Utusan Sarawak 15 hours ago
TRUMP berkata perjanjian dengan UK ini adalah yang pertama dalam siri perjanjian perdagangan yang sedang dirundingkan oleh pentadbirannya selama empat minggu kebelakangan ini. FotoAFP

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semalam berkata Washington sedang merangka beberapa perjanjian perdagangan baharu, sehari selepas mengumumkan perjanjian penuh dengan United Kingdom.

“Banyak Perjanjian Perdagangan sedang dikumpulkan, semuanya baik (HEBAT!),” tulis Trump di platform Truth Social, menurut laporan Anadolu Ajansi.

Pada Khamis, Rumah Putih mengesahkan ia memuktamadkan perjanjian perdagangan “penuh dan menyeluruh” dengan UK, yang digambarkan sebagai “yang pertama daripada banyak lagi” dijangka dalam masa terdekat.

Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent, memaklumkan kepada penggubal undang-undang pada Rabu bahawa rundingan sedang berjalan dengan beberapa negara.

“Terdapat banyak negara… dan kami sedang bergerak maju dengan kadar yang pantas tetapi berhati-hati,” kata Bessent.

“Sebahagiannya mencapai tahap yang agak ke hadapan.”

Beliau berkata AS sedang berbincang dengan 17 rakan dagang utama dan menjangkakan kebanyakan perjanjian itu akan dimuktamadkan dalam tempoh beberapa bulan.

“Saya terkejut jika kita tidak menyelesaikan lebih 80 atau 90 peratus daripadanya menjelang akhir tahun,” kataya.

AS juga dijadual memulakan rundingan perdagangan dengan China hari ini di Switzerland.

Perbincangan itu diadakan selepas beberapa bulan ketegangan memuncak berhubung tarif antara kedua-dua pihak. – Bernama – Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Trump cadang turunkan tarif ke atas China kepada 80 peratus
Next: AS perlu capai perjanjian besar sebelum bincang dengan China – Trump

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.