Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lebih 620 liter diesel disita
  • TEMPATAN

Lebih 620 liter diesel disita

Utusan Sarawak 5 years ago
DISITA… Dua Pegawai penguatkuasaan menunjukkan minyak diesel sebanyak 620.7 liter yang disita kerana disyaki dengan niat menyimpan barang kawalan bukan di premis yang dilesenkan.

AKUN GIMAN

SIBU:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunaan (KPDNHEP) cawangan Sibu telah menyita minyak diesel sebanyak 620.7 liter kerana disyaki dengan niat menyimpan barang kawalan bukan di premis yang dilesenkan.

Menurut kenyataan media KPDNHEP, suspek kes juga gagal menunjukkan dokumen kebenaran bertulis bagi membeli barang kawalan semasa diminta.

Tindakan kes diambil semalam oleh Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Cawangan Sibu dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 421 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sebarang pelanggaran di bawah peruntukan akta tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang, individu boleh didenda oleh Mahkamah sehingga RM1,000,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala, bagi syarikat pula boleh didenda oleh Mahkamah sehingga RM2,000,000.00.

Pihak kementerian menasihatkan orang awam supaya tidak membeli minyak petrol dan diesel tidak melebihi kuantiti tangki kenderaan tanpa permit khas barang kawalan berjadual.

Pihak pengusaha stesen minyak juga dingatkan untuk tidak menjual minyak petrol dan diesel kepada orang awam melebihi kuantiti yang dibenarkan sepertimana tertakluk di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sekiranya terdapat orang awam atau pengusaha stesen minyak yang gagal mematuhi Akta Kawalan Bekalan 1961 maka tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

Sehubungan itu, orang ramai yang mahu menyalurkan sebarang maklumat atau aduan mengenai kegiatan peniaga yang tidak beretika kepada kementerian boleh berbuat demikian melalui saluran berikut, e-aduan.kpdnhep.gov.my atau hubungi talian pejabat Cawangan Sibu di 084-335622 dan WhatsApp ke 019-2794317.

Continue Reading

Previous: Bomba musnahkan sarang tebuan
Next: SOP: Kekal patuh, tidak alpa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.