Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lebih 3,000 pencari kerja ke Karnival Kerjaya Mega MYFutureJobs
  • SEMASA

Lebih 3,000 pencari kerja ke Karnival Kerjaya Mega MYFutureJobs

Utusan Sarawak 3 weeks ago

PENGUNJUNG melihat senarai majikan dan jawatan yang ditawarkan pada Ekspo Kerjaya Mega MYFutureJobs @ Hari Pekerja 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini. FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Lebih 3,000 pengunjung dan pencari kerja berkunjung ke Karnival Kerjaya Mega MYFutureJobs yang diadakan sempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2025 di sini sejak Isnin lepas.

Pengurus Case, Unit Pengurusan Acara, Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Fadlina Adam berkata pihaknya menyasarkan 5,000 orang akan berkunjung ke karnival yang berakhir pada Sabtu ini.

“Sebanyak 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada para pengunjung, khususnya lepasan graduan universiti dan Institusi Latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selama empat hari.

“Karnival ini adalah sub-program di bawah Program Sambutan Hari Pekerja anjuran Kementerian Sumber Manusia. Ia adalah satu inisiatif PERKESO sebagai sistem sokongan kepada pencari kerja dalam mendapatkan peluang pekerjaan, selain membuka peluang pekerjaan yang lebih baik buat mereka,” katanya kepada Bernama.

Selain Karnival Kerjaya Mega, sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan yang kini sedang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil turut menyaksikan pelancaran rasmi aplikasi MYFutureJobs versi mudah alih.

Sambutan bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ itu dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu ini.

Sementara itu, seorang pengunjung T. Kogilavani, 25, berkata beliau hadir ke karnival itu bersama ahli keluarga untuk meneroka peluang pekerjaan yang ditawarkan.

“Sebagai graduan Ijazah Penguatkuasaan Undang-Undang, saya mencari pekerjaan yang saya minat serta selari dengan apa yang saya belajar,” katanya yang kini bekerja separuh masa sebagai pembantu klinik di Seremban.

Selain itu, Farah Atiqah Zainal Rashid, 24, graduan Universiti Poly-Tech Malaysia berkata ini kali pertama dia mengunjungi karnival sedemikian.

“Saya berharap karnival ini boleh memberi harapan berharga kepada lepasan graduan seperti saya dan yang lain,” katanya. — Bernama

Continue Reading

Previous: TH bawa jemaah ziarah lokasi sejarah
Next: Sarawak laksana penilaian standard DLP bagi murid Tahun 6 mulai Oktober depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.