Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 17 juta hidangan iftar dihidangkan di Masjidilharam, Masjid Nabawi
  • GLOBAL

Lebih 17 juta hidangan iftar dihidangkan di Masjidilharam, Masjid Nabawi

Utusan Sarawak 2 months ago
RATUSAN ribu umat Islam berbuka puasa di Masjidil Haram, Makkah setiap hari sempena Ramadan, dengan jumlah jemaah umrah tertinggi direkodkan pada 6 Mac lalu, iaitu 500,000 jemaah. Foto Bernama

MAKKAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi di Arab Saudi telah mengedarkan lebih 17 juta hidangan iftar kepada jemaah di dua masjid suci itu dalam tempoh 21 hari pertama Ramadan, dengan kerjasama pertubuhan kebajikan, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa itu memaklumkan sejumlah 17,020,216 hidangan iftar telah diedarkan, bersama-sama 17,190,000 pek kurma, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyokong dan memberi khidmat kepada jemaah serta pengunjung.

Pengagihan air zamzam juga diteruskan sepanjang tempoh berkenaan.

Sejak awal Ramadan hingga hari ke-21, pihak berkuasa itu menyatakan bahawa kira-kira 27,105 meter padu air zamzam telah digunakan, bersamaan kira-kira 150.6 juta cawan atau 721,774 botol.

Bagi memastikan persekitaran yang selamat dan bersih untuk jemaah, pihak berkuasa turut melaporkan sebanyak 4,529 tan sisa telah dikumpulkan, dengan operasi pembersihan dijalankan sepanjang masa di kedua-dua masjid suci itu.

Pihak berkuasa itu menegaskan komitmennya untuk mengekalkan standard tertinggi dalam aspek kebersihan, hospitaliti, dan penjagaan sepanjang baki Ramadan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal ‘ditelan’ lubang benam
Next: Sindiket seludup haiwan eksotik dipatahkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.