Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lebih 134,000 dijangka maut di AS
  • GLOBAL

Lebih 134,000 dijangka maut di AS

Utusan Sarawak 5 years ago
SATU projek yang dijalankan University of Washington meramalkan lebih 134,000 orang akan maut akibat Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) sehingga Ogos. – Foto BERNAMA

WASHINGTON: Satu projek yang dijalankan University of Washington meramalkan lebih 134,000 orang akan maut akibat Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) sehingga Ogos, lapor agensi berita Xinhua.

Projek dikendalikan Institut Penilaian dan Metrik Kesihatan (IHME) itu mengunjurkan 134,475 kematian akibat Covid-19 menjelang 4 Ogos.

“Unjuran itu jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini, mewakili gabungan kesan kematian, perubahan mobiliti dan penjarakan sosial”  kata IHME dalam satu siaran akhbar. 

New York, New Jersey, Pennsylvania, Massachusetts dan Michigan diramal mencatat jumlah korban kumulatif tertinggi. 

Unjuran kumulatif kematian di negeri itu masing-masing meningkat sekurang-kurangnya 2,000, kata IHME.

Projek yang dikemas kini itu menunjukkan AS berada di puncak penularan wabak berpanjangan, hampir atau lebih 2,000 orang maut dalam sehari selama beberapa minggu, menurut IHME.

Banyak negeri di AS sudah mula melonggarkan sekatan pergerakan secara bertahap, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pakar kesihatan kerana ia boleh menyebabkan lonjakan kes baharu jangkitan Covid-19. – Bernama

Continue Reading

Previous: Covid-19: Jumlah korban cecah 252,682
Next: Eropah longgarkan larangan, jangkitan melebihi 3.5 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.