Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lawatan kerja RDA fokus penyelaras projek, jawatankuasa khas
  • TEMPATAN

Lawatan kerja RDA fokus penyelaras projek, jawatankuasa khas

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATUK Dr. Abdul Rahman Junaidi mengadakan kunjungan ke Pejabat Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) di Miri, hari ini, yang menjadi destinasi kedua selepas Lawas dalam lawatan rasmi beliau. Foto UKAS

MIRI: Siri lawatan kerja ke-9 Agensi Pembangunan Wilayah (RDA) di Sarawak diteruskan hari ini dengan kunjungan ke Pejabat Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) di sini, yang menjadi destinasi kedua selepas Lawas.

Lawatan rasmi ini dijadual berlangsung dari 5 hingga 16 Mei 2025 dan diketuai oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah RDA serta memperkukuh kerjasama antara kementerian, agensi pelaksana, dan pemantau projek di peringkat lapangan.

Dalam sesi taklimat yang melibatkan 24 peserta, termasuk wakil agensi teknikal dan pentadbiran daerah, Abdul Rahman menekankan keperluan penyelarasan yang berkesan agar setiap projek dapat dilaksanakan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan.

Beliau turut mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan dipengerusikan olehnya sendiri bagi menyelaras isu pelaksanaan serta mempercepatkan tindakan susulan terhadap projek-projek RDA.

Jawatankuasa tersebut akan melibatkan semua RDA bersama agensi pusat seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri (EPU), Unit Pemantauan dan Pelaksanaan Negeri Sarawak (SIMU), serta kementerian berkaitan.

Antara yang hadir dalam sesi taklimat itu ialah Pengarah Wilayah HAD Juan Ubit, Pengarah SIMU Sapiah Daud, wakil Pengarah EPU Florida Gala James Mijien, serta wakil dari Pejabat Residen dan Pejabat Daerah bagi kawasan Telang Usan, Marudi, dan Beluru.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wartawan veteran James Ritchie selamat disemadikan hari ini
Next: 25 Qari, Qariah sertai Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Asajaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.