Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Lawatan kerja ke TPM
  • BISNES

Lawatan kerja ke TPM

Utusan Sarawak 5 years ago
LAWATAN Khairy melihat robot pemulihan TPM digunakan dalam proses pemulihan pesakit
kurang upaya semasa lawatannya ke TPM.

KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Khairy Jamaluddin dan timbalannya, Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim, melakukan lawatan kerja ke Technology Park Malaysia (TPM) di Bukit Jalil pada 2 Jun 2020. Ini merupakan lawatan pertama mereka ke TPM sejak menjawat jawatan Menteri dan Timbalan Menteri MOSTI.

Dalam lawatan tersebut, mereka telah bertemu dengan Pengerusi TPM Corporation, Datuk Abu Samah Bachik dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Sharbani Harun untuk membincangkan kemajuan dan perkembangan TPM, serta isu kepentingan bersama.

Delegasi menteri turut berkunjung ke syarikat inkubati TPM, BNetworks Sdn.Bhd yang membangun, mengeluarkan dan menyediakan penyelesaian end-to-end Internet of Things (IoT) untuk bandar pintar, kehidupan pintar, connected hospitality dan assisted living market segments.

Produk penyelesaian universal IoT bWave mereka merupakan pemenang pelbagai anugerah buatan tempatan dan penyelesaian IoT pertama yang dikomersialkan di Malaysia.

Lawatan ini telah memberi peluang untuk memantau dan menganalisis perkembangan agensi, mengukuhkan hubungan MOSTI-agensi yang sedia erat serta menegakkan misi dan kepentingan MOSTI.

Technology Park Malaysia, sebuah agensi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, mempunyai infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan sokongan yang bersepadu untuk membantu usahawan teknologi yang berminat untuk mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu, ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Hijau Teknologi.

Continue Reading

Previous: Malaysia catat defififi sit dagangan
Next: Perodua bantu kekalkan kelangsungan industri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.