Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Lawas, Limbang mungkin ada simpanan gas, minyak
  • BISNES

Lawas, Limbang mungkin ada simpanan gas, minyak

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR hiasan.

LIMBANG: Sarawak masih menunggu data lengkap kajian awal dibuat pihak  Petroleum Sarawak Berhad (Petros) mengenai potensi simpanan minyak dan gas yang terdapat di Limbang dan Lawas.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata satu kajian dijalankan pakar dalam industri berkenaan mengenai potensi Limbang dan Lawas yang berkemungkinan mempunyai simpanan rizab minyak dan gas.

“Kita sudah memberi lesen untuk Petros membuat kajian terhadap minyak dan gas di Lawas dan saya difahamkan suku ketiga tahun ini mungkin ada maklumat data.

“Mereka (Petros) akan beri taklimat dengan saya dan kita berdoa semoga mendatangkan hasil. Ini adalah satu lagi yang akan mengubah corak pembangunan selain pendapatan kita dan ini akan menjadi pengubah kepada hala tuju pembangunan di kawasan ini,” katanya.

Awang Tengah berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis perasmian Anjung Usahawan Kampung Pahlawan, Limbang dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 di Kampung Pahlawan Limbang, hari ini.

Awang Tengah, berkata jika dibuktikan Limbang dan Lawas mempunyai simpanan minyak dan gas di kawasan utara Sarawak, ia akan mendorong kepada lonjakan pembangunan menyeluruh khususnya di negeri ini.

Pada masa sama, katanya, ia akan memberi masa depan yang cerah di kawasan utara dan negeri ini secara keseluruhannya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Thailand intai sektor halal bagi perkukuh hubungan ekonomi dengan Malaysia – TCC
Next: DobiQueen sasar tembusi pasaran Sabah, Sarawak dengan 25 cawangan dalam tiga tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.