Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Latih usahawan PMKS pengetahuan, kemahiran perniagaan
  • BISNES

Latih usahawan PMKS pengetahuan, kemahiran perniagaan

Utusan Sarawak 6 months ago
PERASMIAN… Dato’ Sri Haji Mohd. Naroden Majais merasmikan Program Latihan Khas Keusahawanan PMKS (MSME Mobile Clinic) Balairong Seri Banquet Hall Kuching pada Selasa. Turut kelihatan Pengarah Urusan EMCO (Empire Consortium Sdn Bhd) Sharifah Azizah Sayeed Aman Ghazali, Presiden Peniagawati Dato’ Emmy Suraya Hussein, Ketua Koridor Sarawak (Bah. Francais)Vivisher Gider dan wakil Affin Bank Carmen Lee.

KUCHING: Seramai 75 peserta terdiri daripada usahawan wanita hadir menjayakan Program Latihan Khas Keusahawanan PMKS (MSME Mobile Clinic) di Balairong Seri Banquet Hall Kuching bermula 12 dan 13 November 2024.

Menurut Penasihat MINTRED, Dato’ Sri Haji Mohd. Naroden Majais, latihan keusahawanan amat penting kerana ia memberikan usahawan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan dengan lebih berkesan.

“Dengan menghadiri latihan ini, usahawan dapat memperkukuhkan daya saing perniagaan mereka, memastikan perkembangan yang mampan, dan meningkatkan potensi untuk berjaya di pasaran yang semakin kompetitif,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian Program Latihan Khas Keusahawanan PMKS (MSME Mobile Clinic) di Balairong Seri Banquet Hall Kuching pada Selasa.

KENANGAN… Penceramah bergambar bersama peserta Program Latihan Khas Keusahawanan PMKS (MSME Mobile Clinic) pada hari pertama program.

Sementara itu, Pengarah Projek Nida Hamid berkata, selepas Kuching, program ini dilaksanakan di dua lokasi termasuk Sibu dan Miri bagi memberikan panduan dan bantuan kepada usahawan tempatan.

“Destinasi kedua akan diadakan di Dewan MUC Sibu pada 15 November 2024 dan pada 18 dan 19 November 2024 di Dewan WI, Miri,” jelas beliau.

Tambahnya, program ini bertujuan menyokong pertumbuhan perniagaan kecil dan sederhana (MSME) di negeri ini.

PENYAMPAIAN… Sharifah Azizah Sayeed Aman Ghazali menyampaikan sijil kepada peserta.

Katanya, ia memperkukuhkan pengetahuan asas usahawan tentang undang-undang perniagaan, memilih jenis entiti perniagaan yang sesuai, serta membantu mereka dalam kelayakan untuk mendapatkan geran, pinjaman, dan insentif lain.

“Program ini turut menyediakan latihan mengenai e-invoicing, literasi AI dalam komunikasi perniagaan, dan penerapan nilai ESG serta kemahiran kepimpinan dalam perniagaan kecil dan sederhana,” katanya.

Kesemua peserta dibimbing oleh penceramah berpengalaman iaitu Sharifah Azizah Sayeed Aman Ghazali menyampaikan topik ‘Memupuk Budaya ESG dan Kemahiran Kepimpinan dalam PKS’, Herinawati Drahman (Daftar Entiti tepat Untuk Perniagaan Anda), Athirah Kamarudin (Persediaan Untuk E-Invoice) dan Khairil Imran Md Khair (Kefahaman AI Dalam Perniagaan).

Peserta Norlili Akma, 25, dari Kuching berkata, program yang disertainya sangat bagus kerana memberi pendedahan, peluang dan pengetahuan mengenai bidang usahawan.

“Ramai yang tidak tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan seperti cara mendaftar, buka akuan dan banyak lagi manfaat yang saya perolehi menerusi program ini,” katanya.

Siti Nur Cahaya Rahmat, 30, dari Asajaya, Kota Samarahan berkata, banyak ilmu yang perolehinya sepanjang menyertai program tersebut.

BERI PENDEDAHAN… Sharifah Azizah Sayeed Aman Ghazali menyampaikan ceramah mengenai topik Memupuk Budaya ESG dan Kemahiran Kepimpinan dalam PKS.

“Saya mendapat pendedahan dari segi pelesenan, persediaan e-invoice dan banyak lagi. Ia memang sangat membantu kepada usahawan untuk memulakan perniagaan.
Program ini harus diteruskan untuk usahawan-usahawan lain,” jelasnya.

Program ini dianjurkan oleh Empire Consortium aSdn Bhd (EMCO) dengan sokongan Affin Bank dan rakan strategik seperti Pernas, Peniagawati serta Perbadanan Pembangunan Usahawan Sarawak (SDS).

Turut disokong oleh Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), MSME Mobile Clinic adalah peluang bagi usahawan tempatan untuk mengakses ilmu dan sokongan yang diperlukan bagi memacu perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Pendaftaran adalah percuma dan terbuka kepada semua usahawan yang berminat. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +6019 665 5611 atau emel kepada event@empiregroup.com.my.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS
Next: Ringgit terus merosot, diasak ketidaktentuan dasar Trump 2.0

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.