Larian Santai Hari Malaysia Satok Edisi 1.0 semarakkan jiwa patriotik komuniti

Facebook
WhatsApp
TIMBALAN Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS), Dato Ibrahim Baki merakamkan gambar bersama peserta bagi Larian Santai Hari Malaysia Satok Edisi 1.0, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Larian Santai Hari Malaysia Satok Edisi 1.0 berjaya menarik penyertaan kira-kira 1,000 orang yang bersama-sama menjayakan program komuniti sempena sambutan Hari Malaysia 2025.

Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki telah menyempurnakan pelepasan peserta di Jambatan Datuk Amar Juma’ani sebelum para peserta menamatkan larian di Padang SLPAS, Kompleks Sukan KSK Satok, hari ini.

Beliau melahirkan rasa syukur dengan sambutan menggalakkan yang bukan sahaja melibatkan masyarakat Melayu dan Islam, tetapi turut disertai masyarakat Cina, Dayak, Iban serta Bidayuh di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok.

TIMBALAN Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS), Dato Ibrahim Baki telah menyempurnakan pelepasan peserta di Jambatan Datuk Amar Juma’ani bagi Larian Santai Hari Malaysia Satok Edisi 1.0, hari ini. Foto UKAS

“Alhamdulillah, program ini bukan sekadar memberi ruang untuk kita beriadah dan menjaga kesihatan tetapi lebih penting ia menjadi wadah penyatuan komuniti khususnya di Satok dan Kuching.

“Ia juga menyemai semangat patriotisme lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Malaysia esok, selain memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum yang berbilang budaya dan agama,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Sukan Kelab Komuniti (KSK) Satok, Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok serta semua pihak yang telah menjayakan penganjuran program tersebut.

Menurut beliau, kejayaan penganjuran edisi pertama ini menunjukkan potensi besar untuk dijadikan acara tahunan yang mampu mempromosikan Satok sebagai pusat riadah dan aktiviti komuniti bandar.

-UKAS

Antara Peniruan Kenyataan dan Karya Seni

‘‘Kualiti penulisan seseorang secara tidak langsung akan berhubungan dengan tahap pemahamannya mengenai sikap manusia.’’ – Bong Joon Ho, pengarah filem