Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Larian amal ‘PropNex Home Run 2.0’, 3 Ogos depan
  • Selatan
  • WILAYAH

Larian amal ‘PropNex Home Run 2.0’, 3 Ogos depan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SERAH… Majlis Penyerahan Surat Rasmi Kerjasama antara PropNex dan The Salvation Army disempurnakan oleh Ryan Jee (Rakan Acara), Kapten Carmen Ng, Superintenden The Salvation Army, Shirley Yeo (Ketua Agensi PropNex Sarawak) dan Jackson (Pegawai Bertanggungjawab bagi program PropNex Home Run 2.0).

KUCHING: PropNex Malaysia Sarawak dan The Salvation Army Kuching Children’s Care Centre bergabung tenaga menganjurkan larian amal ‘PropNex Home Run 2.0’ pada 3 Ogos di Saradise Kuching. 

The Salvation Army Kuching menerusi satu kenyataan berkata larian amal itu dianjurkan bagi menyatukan komuniti sambil mengumpul dana untuk keperluan operasi pusat jagaan kanak-kanak tersebut.

Acara yang akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap yang menawarkan dua kategori jarak iaitu tiga kilometer (KM) dan tujuh KM. 

Selain itu, ia menawarkan empat pilihan penyertaan yang fleksibel, merangkumi barangan seperti baju, pingat, nombor bib dan peluang menyertai cabutan bertuah.

“Larian ini bukan hanya berteraskan gaya hidup sihat, malah membawa misi kemanusiaan yang penting iaitu menyalurkan hasil keuntungan bersih kepada The Salvation Army Kuching Children’s Care Centre yang kini menanggung kos operasi bulanan sebanyak RM125,000 untuk menyara 56 orang kanak-kanak dan remaja.

“Sehubungan itu, bantuan orang ramai amat diperlukan untuk memastikan kelangsungan pengurusan harian The Salvation Army.

“Sumbangan dari acara ini amat bermakna buat kami. Ia bukan sekadar tentang wang, tetapi tentang harapan dan sokongan masyarakat terhadap anak-anak yang kami pelihara,” katanya. 

Menjelas lanjut, tambahnya dana tersebut akan digunakan untuk menampung makanan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan keperluan asas anak-anak di pusat kebajikan tersebut. 

Pendaftaran kini dibuka sehingga 3 Mei 2025 di https://www.ticket2u.com.my/event/42703/propnex-home-run-2.0.

Orang ramai digalakkan mendaftar awal bagi menikmati harga promosi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi penganjur acara di talian +60 11-3731 9119.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jadikan ahli KRT mata, telinga kerajaan
Next: Kerja penyambungan paip ditunda pada Khamis ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.