Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lapor salah laku peniaga Bazar Ramadan
  • TEMPATAN

Lapor salah laku peniaga Bazar Ramadan

Utusan Sarawak 2 months ago
SESAK… Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli juadah berbuka di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, kelmarin.
-FOTO BERNAMA

SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) hari ini melancarkan penggunaan Kod Respons Pantas (QR) Kempen Keselamatan Makanan antaranya bertujuan menyalurkan aduan berkaitan salah laku penjualan makanan di bazar Ramadan.

Pengarahnya Dr Ummi Kalthom Shamsudin berkata menerusi penggunaan QR itu, sebarang aduan di bawah kawal selia JKNS akan disampaikan terus kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.

“Selanjutnya tindakan mengikut Akta Makanan 1983 serta peraturan di bawahnya akan dilakukan sekiranya ada kesalahan dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas Program Ihya’ Ramadan 2025: Jelajah Bazar Ramadan Selangor di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam yang dirasmikan Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi.

Dr Ummi Kalthom berkata, kod QR tersebut juga menyediakan akses kepada pelbagai tips keselamatan makanan ketika bulan Ramadan antaranya pemilihan juadah di bazar Ramadan, amalan bagi mengelakkan keracunan makanan melalui lihat, hidu dan rasa, tips penyimpanan lebihan makanan dan cara pembelian buah kurma.

“Kesemua informasi ini disampaikan dalam bentuk infografik yang menarik dan mudah difahami. 

“Peniaga dan orang awam boleh mendapatkan maklumat dengan hanya mengimbas kod QR pada bunting yang disediakan. Bunting ini akan digantungkan di Bazar Ramadan terpilih untuk kemudahan orang awam,” katanya.

Dalam pada itu, JKNS juga menempatkan lebih 200 pegawai kesihatan bagi melaksanakan pemeriksaan rambang di 236 tapak dan 15,349 peniaga bazar Ramadan seluruh Selangor.

Katanya, ia sebagai langkah berterusan pejabat kesihatan daerah dan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan kualiti penyediaan dan penjualan makanan kepada pembeli di bazar dapat dilaksanakan dalam keadaan yang selamat serta bersih. 

– BERNAMA

PELANCARAN BERMULA… Mohd Najwan Halimi menyempurnakan gimik perasmian Bazar Ramadan Stadium Seksyen 13 hari ini.
-FOTO BERNAMA
Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Kekang wabak rabies
Next: SBST lalui perjalanan sejauh 67 km, 48 perhentian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.