Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lapangan Terbang Heathrow London sambung semula beberapa penerbangan
  • GLOBAL

Lapangan Terbang Heathrow London sambung semula beberapa penerbangan

Utusan Sarawak 2 months ago
LAPANGAN Terbang Heathrow London

LONDON: Lapangan Terbang Heathrow London semalam mengumumkan ia akan menyambung semula beberapa penerbangan susulan gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan gangguan meluas, lapor Anadolu Ajansi (AA).  

Dalam satu kenyataan, jurucakap Heathrow memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan mengesahkan bahawa usaha pemulihan operasi telah dijalankan sejak kejadian itu berlaku.  

“Pasukan kami telah bekerja tanpa henti sejak insiden itu bagi memastikan pemulihan segera. Kami berbesar hati untuk memaklumkan bahawa kami kini dapat memulakan beberapa penerbangan dengan selamat pada lewat hari ini,” katanya.  

Penerbangan pertama yang akan berlepas ialah penerbangan repatriasi dan penerbangan bagi tujuan pemindahan pesawat. Lapangan terbang itu menggesa penumpang supaya tidak melakukan perjalanan kecuali jika dinasihatkan secara khusus oleh syarikat penerbangan mereka.  

“Kami kini akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan untuk membawa pulang penumpang yang telah dilencongkan penerbangannya ke lapangan terbang lain di Eropah,” tambah jurucakap itu. “Kami berharap dapat menjalankan operasi penuh esok dan akan memberikan maklumat lanjut dalam tempoh terdekat.”  

Heathrow turut menekankan cabaran untuk memulihkan operasi penuh memandangkan lapangan terbang itu menggunakan tenaga sebanyak sebuah bandar kecil.  

British Airways telah mendapat kebenaran untuk lapan penerbangan jarak jauh berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow pada Jumaat, bermula 7 malam waktu tempatan, menurut kenyataan syarikat penerbangan itu.  

Lapangan terbang itu kini sedang ‘menghubungi pelanggan dengan segera untuk memaklumkan mereka agar mereka dapat menuju ke lapangan terbang,’ tambah kenyataan itu.  

Lebih 100,000 pelanggan British Airways telah mengalami pembatalan penerbangan.  

Anadolu melaporkan bahawa Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengkritik pengurusan Heathrow selepas gangguan bekalan elektrik memaksa penutupan lapangan terbang itu kerana ia bergantung kepada satu sumber kuasa, mencetuskan kekacauan perjalanan global.  – Bernama – Anadolu 

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lapangan Terbang Heathrow London kekal ditutup sementara
Next: Seorang maut, dua cedera bot terbalik di luar pantai Bali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.