Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lapangan Terbang Heathrow London kekal ditutup sementara
  • GLOBAL

Lapangan Terbang Heathrow London kekal ditutup sementara

Utusan Sarawak 2 months ago
FOTO ini gambar ini diambil pada 21 Mac 2025 menunjukkan asap tebal yang keluar dari sebuah stesen elektrik membekalkan kuasa ke Lapangan Terbang Heathrow, di tengah usaha memadamkan api yang masih marak selepas kebakaran berlaku di Hayes, barat London. Lapangan Terbang Heathrow, yang paling sibuk di Eropah itu, ditutup awal pada 21 Mac untuk tempoh 24 jam selepas kebakaran besar di stesen elektrik yang memotong bekalan kuasa ke fasiliti besar itu di barat London, kata pegawai. Foto AFP

LONDON: Lapangan Terbang Heathrow London kekal ditutup sehingga tengah malam Jumaat susulan ‘gangguan bekalan elektrik yang serius’ akibat kebakaran di sebuah pencawang elektrik berhampiran, menurut seorang jurucakap.

Gangguan itu menjejaskan seluruh lapangan terbang tanpa jangkaan jelas mengenai pemulihan bekalan elektrik. “Bagi memastikan keselamatan penumpang dan kakitangan kami, tiada pilihan lain selain menutup Heathrow sehingga 23:59 GMT pada 21 Mac,” kata jurucakap itu, lapor Xinhua.

Penumpang dinasihatkan agar tidak pergi ke lapangan terbang sehingga diberitahu kelak. Menurut Sky News yang memetik Flightradar24, sebuah laman sesawang penjejak penerbangan secara langsung, lebih 1,300 penerbangan, termasuk 120 yang sedang berada di udara, terjejas. Beberapa pesawat dialihkan ke lapangan terbang lain, termasuk Lapangan Terbang London Gatwick, lapangan terbang di Paris serta Lapangan Terbang Shannon di Ireland.

British Airways, syarikat penerbangan terbesar di Heathrow, menggesa pelanggan supaya tidak ke lapangan terbang sehingga makluman selanjutnya dan menyatakan yang pihaknya sedang berusaha untuk mengemas kini pilihan perjalanan mereka.

Lapangan Terbang Heathrow London, antara lapangan terbang tersibuk di dunia, mencatatkan rekod 83.9 juta penumpang tahun lalu.

Kebakaran yang tercetus di Hayes, utara lapangan terbang itu, turut menyebabkan sekitar 16,000 rumah berhampiran terputus bekalan elektrik. Punca kebakaran masih belum diketahui, tetapi National Grid sedang berusaha memulihkan bekalan secepat mungkin. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 2 juruterbang Korea Selatan digantung tugas setahun
Next: Lapangan Terbang Heathrow London sambung semula beberapa penerbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.