Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lapan sekolah mubaligh terima dana UNIFOR RM1.26 juta
  • TEMPATAN

Lapan sekolah mubaligh terima dana UNIFOR RM1.26 juta

Utusan Sarawak 9 months ago
 DATO Sri Alexander Nanta Linggi bergambar bersama penerima Cek MRP Parlimen Kapit dan penerima dana UNIFOR. 

KAPIT: Sebanyak lapan sekolah mubaligh telah menerima dana sebanyak RM1.26 juta daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Menurut Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi, sebanyak RM20 juta telah diagihkan kepada 120 sekolah mubaligh di seluruh Sarawak pada tahun ini.

Berucap pada majlis penyampaian tersebut, beliau memaklumkan juga kerajaan Sarawak sentiasa mengambil langkah proaktif dalam membantu menyediakan persekitaran pembelajaran yang positif kepada pelajar, tanpa mengira latar belakang dan agama.

“Seperti yang diumumkan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dana yang diberikan ini bertujuan untuk pembinaan bangunan baharu atau naik taraf bangunan sedia ada serta pembelian perabot baharu, peralatan teknologi maklumat dan peralatan sukan.

“Saya berharap sumbangan dari UNIFOR ini dapat menggalakkan lagi perkembangan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah ini dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan Sarawak Maju Makmur 2030, ” katanya.

Antara sekolah menerima peruntukan tersebut ialah sekolah rendah di Kapit dan Bukit Mabong iaitu SK Methodist, SK Sungai Amang, SK Sungai Menuan, SK Nanga Mujong, SK Nanga Meluan, SK Nanga Entuloh, SK Nanga Tiau dan SK Lubong Mawang.

Pada majlis sama, Nanta turut menyampaikan cek MRP berjumlah RM434,000 kepada 39 penerima yang terdiri daripada wakil-wakil NGO Kapit, persatuan penduduk, JKKK, PIBG, kelab serta persatuan.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Primer Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit, ADUN Pelagus Tuan Wilson Nyabong Ijang, ADUN Baleh Nicholas Kudi Jantai serta beberapa pemimpin tempatan.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DBKU berhasrat wujudkan taman bonsai pertama dalam negara melalui kerjasama
Next: Ketua masyarakat harus berwibawa, main peranan antara YB dan orang kampung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.