Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lapan sekeluarga nyaris maut rumah terbakar
  • NASIONAL

Lapan sekeluarga nyaris maut rumah terbakar

Utusan Sarawak 5 years ago
SEORANG kanak-kanak beumur empat taun dari lapan sekeluarga yang nyaris maut sedang dirawat anggota bomba kerana melecur apabila rumah mereka terbakar dalam kejadian di Taman Cahaya Alam Seksyen U12, di sini pagi semalam. Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Lapan sekeluarga yang sedang nyenyak tidur nyaris maut apabila rumah mereka terbakar dalam kejadian di Taman Cahaya Alam Seksyen U12, di sini pagi semalam.

Menyedari kebakaran, kesemua mereka bertindak terjun dari tingkat atas rumah teres dua tingkat berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata, tujuh daripada mereka mengalami kecederaan melecur pada badan ketika cuba menyelamatkan diri.

Mereka yang melecur ialah pasangan suami isteri berusia 44 dan 40 tahun, lima anak mereka yang berusia antara empat dan 17 tahun, sementara seorang lagi anak mereka yang berusia 14 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya dalam kenyataan semalam.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 7.36 pagi tadi dan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dan BBP Shah Alam dikejarkan ke tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan kemusnahan 100 peratus kediaman tersebut dan siasatan awal mendapati api bermula di tingkat bawah ketika kesemua mangsa sedang tidur di tingkat atas.

Norazam berkata, kesemua mangsa  dihantar ke Hospital Shah Alam untuk  rawatan lanjut dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Lenggong dicadang jadi Geopark Kebangsaan
Next: AKSEM guna dron pantau sempadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.