Lapan pintu rumah pekerja hangus dijilat api di Kampung Bedangan Hulu

Facebook
WhatsApp
KEBAKARAN…..Rumah pekerja milik syarikat perkapalan di Kampung Bedangan Hulu musnah sepenuhnya dalam kebakaran pagi tadi. Foto BBP Mukah

MUKAH: Rumah pekerja milik syarikat perkapalan di Kampung Bedangan Hulu musnah sepenuhnya dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.13 pagi sebelum mengerahkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari balai.

KEBAKARAN…..Rumah pekerja milik syarikat perkapalan di Kampung Bedangan Hulu musnah sepenuhnya dalam kebakaran pagi tadi. Foto BBP Mukah

“Pasukan tiba di lokasi pada 10.21 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan rumah pekerja berstruktur tidak kekal berkeluasan 108 kaki x 24 kaki dengan lapan pintu. Api berjaya dikawal pada 11.00 pagi dan operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada 11.25 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua penghuni sempat menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

KEBAKARAN…..Rumah pekerja milik syarikat perkapalan di Kampung Bedangan Hulu musnah sepenuhnya dalam kebakaran pagi tadi. Foto BBP Mukah

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah motosikal serta sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang terbakar sebanyak 20 peratus.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Tarani Lanting

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis