Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lapan maut hospital di Taiwan terbakar
  • GLOBAL

Lapan maut hospital di Taiwan terbakar

Utusan Sarawak 7 months ago

Asap tebal kelihatan di kawasan Memorial Antai Tian-sheng di daerah Pingtung, selatan Taiwan ketika pasukan bomba cuba memadam kebakaran di situ, hari ini. - Foto AFP

TAIPEI, Taiwan: Kebakaran di sebuah hospital di Daerah Pingtung, selatan negara ini pagi tadi meragut lapan nyawa setakat 1 tengahari waktu tempatan, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.

Pihak berkuasa Daerah Pingtung memaklumkan enam lelaki dan dua wanita disahkan meninggal dunia walaupun usaha menyelamat dijalankan.

Jabatan bomba menerima laporan pada 7.41 pagi berkaitan kepulan asap tebal yang keluar dari sebuah bangunan di Hospital Memorial Antai Tian-sheng.

Bercakap kepada media, Dekan Kehormat Hospital, Su Ching-chyuan menjelaskan kebakaran berpunca daripada pembakaran pemampat udara di bilik mesin bangunan hospital.

Kebanyakan mangsa adalah pesakit warga emas yang dirawat di hospital berkenaan.

Pasukan penyelamat memaklumkan kebakaran berjaya dikawal. – BERNAMA-XINHUA

Continue Reading

Previous: Taufan Krathon: Lebih 200 penerbangan di Taiwan dibatalkan
Next: Gunung Merapi meletus, lahar bergerak 1,500 meter

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.