Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lapan maut, dinding kuil runtuh di India
  • GLOBAL

Lapan maut, dinding kuil runtuh di India

Utusan Sarawak 3 weeks ago
OPERASI menyelamat sedang dijalankan selepas tembok Kuil Sri Varaha Lakshmi Narasimha Swamy di Simhachalam runtuh susulan hujan lebat. FOTO Agensi

NEW DELHI: Dinding di sebuah kuil di Andhra Pradesh, India pada Rabu runtuh hingga mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang manakala beberapa yang lain cedera, lapor Xinhua.

Menurut pegawai tempatan, insiden berlaku semasa perayaan tahunan Chandanotsavam di Kuil Sri Varahalakshmi Narasimha Swamy di Visakhapatnam, kira-kira 393 kilometer timur laut Amaravati, Andhra Pradesh.

Dinding sepanjang 6.1 meter itu dilaporkan runtuh selepas hujan lebat dan angin kencang yang melemahkan struktur binaan, menghempap para penganut yang sedang beratur untuk memasuki kuil.

Pegawai kanan pentadbiran tempatan, Vinay Chan berkata semua runtuhan telah dibersihkan.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa mengarahkan pasukan tindak balas bencana negeri melaksanakan operasi menyelamat dan membawa mangsa yang cedera ke hospital.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Chengdu pergiat kerja persiapan Sukan Dunia 2025
Next: Arab Saudi kenakan tindakan tegas terhadap pelanggaran peraturan permit haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.