Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lapan jalan sekitar Tebingan Kuching ditutup
  • TEMPATAN

Lapan jalan sekitar Tebingan Kuching ditutup

Utusan Sarawak 5 months ago
BEBERAPA jalan di sekitar Tebingan Sungai Kuching akan ditutup pada 31 Disember hingga 1 Januari 2025.

KUCHING: Beberapa jalan di sekitar Tebingan Sungai Kuching akan ditutup pada 31 Disember hingga 1 Januari ini sempena program Kiraan Detik Tahun 2025 (Countdown 2025) di Tebingan Sungai Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata penutupan jalan itu akan melibatkan lapan lokasi bagi melancarkan perjalanan program dan aliran trafik.

Lokasi yang terlibat ialah Jalan Main Bazaar dari arah Jalan Lebuh Wayang, Jalan Gambier dari arah Jalan Market dan Jalan Gambier dari arah Jalan Lebuh Java yang akan ditutup dari 31 Disember 2024, 8.00 pagi hingga 1.00 pagi pada 1 Januari 2025.

Selain itu, Jalan Lebuh Java dari arah Jalan Market, susur masuk ke Jalan Wawasan dari Jalan Tun Abang Haji Openg dan lampu isyarat Jalan Wawasan, susur Wisma Pelita ke Jalan lebuh Wayang, susur Jalan McDougal ke Jalan Lebuh Wayang dan lampu isyarat St. Mary dari arah Jalan Tabuan menghala ke Jalan Lebuh Wayang.

Lima lokasi tersebut akan ditutup bermula 31 Disember 2024, 4.00 petang hingga 1 Januari 2025, 1.00 pagi.

“PDRM memohon kerjasama orang ramai yang datang agar tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan dan dinasihatkan supaya merancang perjalanan serta memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Muat turun aplikasi ‘Sarawak Croc Watch’ mudahkan buat laporan jika ternampak buaya
Next: UNIMAS, Hope Place Kuching laksana Projek ‘Care’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.