Landasan Padang Terbang Lawas ditutup hingga Jumaat ini

Facebook
WhatsApp
NOTIS PENUTUPAN…penutupan landasan Padang Terbang Lawas bermula hari ini hingga Jumaat menjejaskan ramai penumpang untuk penerbangan pergi dan balik daripada Miri, Ba’kelalan, Bario ke Lawas.

LAWAS: Padang Terbang Lawas yang menjadi landasan pesawat jenis Twin Otter ditutup kepada semua penerbangan bermula hari ini hingga 27 Februari 2026.

Menurut notis yang dikeluarkan Jabatan Penerbangan Awam Daerah Lawas, penutupan itu berikutan landasan berkenaan ditenggelami air sejak malam tadi.

Difahamkan, kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab bagi memastikan landasan kembali selamat digunakan.

Lawas dilaporkan mengalami hujan renyai-renyai sejak tengah hari semalam hingga awal pagi tadi.

Keadaan cuaca basah berterusan apabila hujan kembali turun sekitar 2.00  petang dan masih berlarutan ketika berita ini dilaporkan.

Oleh Adeng Edrus

Antara Peniruan Kenyataan dan Karya Seni

‘‘Kualiti penulisan seseorang secara tidak langsung akan berhubungan dengan tahap pemahamannya mengenai sikap manusia.’’ – Bong Joon Ho, pengarah filem