Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Landasan kereta api, Lapangan Terbang Antarabangsa Mandalay kembali beroperasi
  • GLOBAL

Landasan kereta api, Lapangan Terbang Antarabangsa Mandalay kembali beroperasi

Utusan Sarawak 1 month ago
LAPANGAN Terbang Antarabangsa Mandalay di Myanmar.

YANGON: Perkhidmatan landasan kereta api Yangon-Mandalay dan Lapangan Terbang Antarabangsa Mandalay dibuka semula selepas ditutup susulan kerosakan akibat gempa bumi kuat yang melanda pada 28 Mac lalu, Xinhua memetik laporan akhbar rasmi The Global New Light of Myanmar hari ini.

Gempa bumi itu merosakkan 60 benteng dan 11 jambatan kereta api di sepanjang laluan Yangon-Mandalay, selain menyebabkan beberapa bahagian landasan menjadi bengkok.

Myanma Railways memulakan kerja pembaikan segera menggunakan tenaga kerja, jentera serta logistik, menurut laporan itu.

Bagi menjamin keselamatan operasi, siri ujian laluan dilakukan menggunakan kereta api kargo pada 3 April dan kereta api penumpang pada 4 April manakala perkhidmatan kereta api disambung semula pada pagi 5 April.

Sementara itu, perkhidmatan kereta api di laluan Yangon-Pyay dan Yangon-Mawlamyine masih beroperasi seperti biasa.

Dalam perkembangan berkaitan, Lapangan Terbang Antarabangsa Mandalay kembali beroperasi untuk penerbangan domestik bermula 4 April.

Hingga 5 April, empat syarikat penerbangan tempatan telah mengendalikan 13 penerbangan, melibatkan 972 penumpang — 399 ketibaan dan 573 perlepasan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 42,000 mayat tidak dituntut di Jepun pada 2023
Next: Lima rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan bas di Tokyo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.