SIBU: Persimpangan lampu isyarat di CH6+750 (Sibu Jaya) kini telah beroperasi dan dibuka kepada orang awam.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi notis pemberitahuan pembukaan operasi lampu isyarat berkata, sistem lampu isyarat tersebut telah dibuka mulai 27 Disember 2024.
Pembukaan operasi lampu isyarat itu CH6+100 (kawasan bulatan) ke CH6+750 (simpang lampu isyarat Sibu Jaya Barat).