Laluan Sungai Pasir Marudi terhalang pokok tumbang, APM bertindak segera

Facebook
WhatsApp
MEMBERSIH… Anggota APM Marudi membersih pokok tumbang yang menghalang jalan raya di Sungai Pasir Marudi, pagi tadi. Foto APM Marudi

MARUDI: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Marudi bertindak pantas menangani kejadian pokok tumbang yang menghalang laluan di Sungai Pasir Marudi di sini pagi tadi.

Menurut laporan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi Lt. (PA) Mirwan Shah Masri, pihaknya menerima panggilan kecemasan orang awam pada 8.38 pagi yang memaklumkan terdapat pokok tumbang menghalang jalan di kawasan tersebut.

Sebaik menerima panggilan berkenaan empat anggota APM dari Skuad Bravo diketuai L / Kpl (PA) Mohamad Hassan bergerak ke lokasi pada 8.40 pagi iaitu kira-kira 8 kilometer (km) dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi.

Skuad Bravo melakukan pengoperasian dengan membersih dan memotong pokok tersebut menggunakan perlatan khas termasuk gergaji berantai.

Setelah selesai proses pembersihan, ia diserahkan kepada pihak Syarikat Endaya kerana pokok tumbang itu menimpa wayar Syarikat Telekom.

Oleh Jiku Jukuong