Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • LAKU sumbang barangan keperluan harian
  • TEMPATAN

LAKU sumbang barangan keperluan harian

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KASIH… Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti, Dato Ir Alice Jawan (tiga, kanan) menyampaikan sumbangan bantuan barang keperluan kepada Pengurus Pusat Pemulihan Hornbills Home, Pastor Frederick Besar (dua, kanan) di Miri, semalam.

MIRI : LAKU Management Sdn Bhd mengambil insiatif memberi sumbangan barang keperluan harian kepada penghuni di Pusat Pemulihan Hornbills Home di Pujut 5 di sini,semalam.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti, Dato Ir Alice Jawan yang juga merupakan Presiden Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) kepada Pengurus Hornbills Home, Pastor Frederick Besar di pusat pemulihan tersebut, semalam.

Alice berkata, sumbangan itu adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) LAKU dengan kerjasama SIDS bagi membantu meringankan beban golongan yang terjejas susulan  pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak  Mac lalu.

“Sebelum ini, kita juga ada menghulurkan bantuan kepada golongan yang terjejas di beberapa lokasi di seluruh negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan tersebut.

Untuk rekod, Pusat Pemulihan Hornbills Home telah mula  beroperasi sejak empat tahun bertujuan memulihkan penagih dadah.

Setakat ini, seramai 15 orang menghuni di pusat pemulihan berkenaan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Rembesan bawah tanah air panas perlu kajian
Next: Spa, pusat refleksologi dibenarkan beroperasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.