Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Laksa Sarawak, Nasi Lemak Dabai menu pilihan dalam penerbangan AirBorneo
  • BISNES

Laksa Sarawak, Nasi Lemak Dabai menu pilihan dalam penerbangan AirBorneo

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENU hidangan Kelas Bisnes AirBorneo.

KUCHING: AirBorneo Airways (AirBorneo) bakal menawarkan pengalaman menjamu selera di udara dengan mengetengahkan identiti Borneo menerusi pilihan menu berinspirasikan Sarawak dan Sabah, di samping hidangan Barat serta Asia/Malaysia bagi penumpang Kelas Ekonomi dan Kelas Perniagaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirBorneo, Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin, menu Kelas Ekonomi dirangka bagi mengutamakan hidangan yang mudah diterima kebanyakan penumpang, konsisten dari segi penyediaan serta menampilkan elemen citarasa tempatan dari Sarawak dan Sabah.

Beliau berkata demikian pada acara meja bulat bersama media di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Antara pilihan hidangan yang bakal ditawarkan kepada penumpang seperti berikut:

Kelas Ekonomi

* Dua pilihan hidangan utama.

* Menu istimewa Borneo:

* Laksa Sarawak Kering.

* Nasi Lemak Dabai.

* Pilihan hidangan Barat atau Asia/Malaysia.

* Pembuka selera dan pencuci mulut bagi penerbangan domestik.

* Minuman alu-aluan dan snek seperti sagu.

* Hidangan disajikan menggunakan bekas makanan yang mampan, kalis bocor dan selamat digunakan dalam ketuhar.

Bagi Kelas Perniagaan, penumpang akan menikmati pengalaman menjamu selera yang lebih premium menerusi tiga pilihan hidangan utama yang dikurasi khas.

MENU hidangan Kelas Ekonomi AirBorneo.

Antara menu yang ditawarkan ialah:

* Tiga pilihan hidangan utama.

* Menu istimewa Borneo:

* Laksa Sarawak.

* Daging Gulai Kawah.

* Pilihan hidangan Barat.

* Pilihan hidangan Asia/Malaysia.

* Pembuka selera dan pencuci mulut bagi penerbangan domestik.

* Minuman alu-aluan bersama snek premium seperti kacang campuran dan coklat.

Megat turut memaklumkan menu bagi Kelas Perniagaan disesuaikan dengan keperluan operasi pesawat jet, termasuk tempoh penerbangan, kekangan ruang dapur pesawat (galley) dan keperluan penyimpanan makanan.

“Pemilihan menu dibuat bagi mengekalkan keseimbangan antara keaslian rasa, keselamatan makanan, kestabilan penyimpanan dan kelancaran penyajian.

“Ini sekali gus memastikan pengalaman menjamu selera yang berkualiti dan konsisten di semua laluan,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi, atasi prestasi bursa serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.