LAKMNS, JBPM Sarawak perkukuh kerjasama keselamatan dan pendidikan

Facebook
WhatsApp
KUNJUNGAN HORMAT... Datu Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir (tengah) bergambar bersama Yang Setia PKPjB Jamri Masran serta delegasi kedua-dua pihak selepas kunjungan hormat di Ibu Pejabat JBPM Sarawak, Tabuan Jaya, Kuching, baru-baru ini. Foto LAKMNS.

KUCHING: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Yang Setia PKPjB Jamri Masran, di Ibu Pejabat JBPM Sarawak, Tabuan Jaya, di sini, baru-baru ini.

Rombongan LAKMNS diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Datu Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir.

Kunjungan berkenaan bertujuan mendapatkan pandangan serta membincangkan perkara berkaitan operasi dan pembangunan infrastruktur Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub (TATTARY).

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara LAKMNS dan JBPM Sarawak, selain meneroka peluang kerjasama strategik pada masa hadapan.

Antara perkara yang diberi perhatian ialah aspek keselamatan, pendidikan dan kesejahteraan masyarakat.

Turut mengiringi Datu Abdul Hadi ialah Ketua Pegawai Jabatan Kewangan, Nona Zaharia Fadzil; Ketua Pegawai Jabatan Pengurusan dan Perkhidmatan, Haryati Mohamad; Ketua Bahagian Pelajaran, Dayang Siti Aishah Mohamad Atei; Ketua Bahagian Aset, Mokhzani Mohamad serta Penyelia TATTARY, Nuraqma Sahari.

Kerjasama berterusan antara kedua-dua pihak diharap dapat membuka ruang kepada pelbagai inisiatif bersama, khususnya dalam memperkukuh aspek keselamatan serta menyokong pembangunan pendidikan dan kesejahteraan masyarakat di Sarawak.