Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • LAKIB salur sumbangan korban kepada 41 masjid dan surau sekitar Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

LAKIB salur sumbangan korban kepada 41 masjid dan surau sekitar Bintulu

Utusan Sarawak 4 hours ago
UCAPAN… Iskandar Turkee menyampaikan ucapan pada majlis Penyerahan Sumbangan Aktiviti Pengimarahan Hari Raya Korban di Surau Darussyakirin, Kampung Assyakirin, hari ini.

BINTULU: Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) menyalurkan sumbangan korban kepada 41 masjid dan surau di sekitar Bahagian Bintulu dalam usaha memperkukuh kebajikan komuniti Islam di kawasan ini.

Sumbangan tersebut melibatkan 23 masjid dan 18 surau, merangkumi kawasan Belaga, Sungai Asap, Nyalau, Sebauh, Pandan, Labang, Tatau serta sekitar Bintulu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee, berkata pihaknya sentiasa komited dalam membantu keperluan institusi keagamaan di kawasan berkenaan.

“Sekiranya pihak masjid atau surau memerlukan sebarang kemudahan seperti sistem pembesar suara atau keperluan lain yang berkaitan, bolehlah berurusan dengan pihak LAKIB. Kami akan membantu setakat kemampuan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Aktiviti Pengimarahan Hari Raya Korban di Surau Darussyakirin, Kampung Assyakirin, hari ini.

SESI bergambar bersama penerima sumbangan pada majlis Penyerahan Sumbangan Aktiviti Pengimarahan Hari Raya Korban di Surau Darussyakirin, Kampung Assyakirin, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi LAKIB turut menekankan kepentingan pengurusan kewangan yang telus dan berintegriti dalam kalangan pihak pengurusan masjid dan surau.

Menurutnya, pihak pengurusan masjid disaran meningkatkan pengetahuan dalam aspek pengurusan kewangan agar setiap sumbangan yang diterima dapat diurus secara lebih sistematik, berhemah dan amanah.

“Pengurusan kewangan yang baik bukan sahaja memastikan kelancaran operasi masjid, malah meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan bahawa pihaknya bersama Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom merancang untuk menyalurkan sumbangan tambahan kepada beberapa masjid di kawasan Sebauh bagi tujuan penambahbaikan kemudahan.

“Insya-Allah, kami bersama beliau akan meneliti keperluan di Sebauh dan menyalurkan bantuan bagi penambahbaikan kemudahan masjid di sana,” katanya lagi.

Menurut penganjur, sumbangan tersebut merupakan hasil perancangan rapi melalui mesyuarat pengurusan korban yang diadakan pada 25 April lalu dengan penglibatan pihak masjid dan surau bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program.

Dari segi bentuk bantuan, LAKIB menyalurkan sumbangan kewangan berjumlah RM10,000 bagi setiap ekor lembu korban, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM400,000.

Dana tersebut akan disalurkan terus ke dalam akaun masjid dan surau bagi memudahkan pengurusan aktiviti korban di peringkat komuniti.

Oleh Faizah Muzidi

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kemudahan jalan kampung dipertingkat melalui projek PMR di Bintangor
Next: Saberkas Bukit Sari pilih kepimpinan baharu, tampil barisan pelapis muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.