Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lagenda muzik AS, Quincy Jones meninggal dunia pada usia 91 tahun
  • GLOBAL

Lagenda muzik AS, Quincy Jones meninggal dunia pada usia 91 tahun

Utusan Sarawak 7 months ago

Legenda muzik Amerika Syarikat (AS), Quincy Jones, meninggal dunia semalam, pada usia 91 tahun di kediamannya di Bel Air, Los Angeles. - Foto AFP

LOS ANGELES: Legenda muzik Amerika Syarikat (AS), Quincy Jones, meninggal dunia semalam, pada usia 91 tahun, menurut pengumuman jurucakapnya, Arnold Robinson, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Penerbit dan komposer itu meninggal dunia di kediamannya di Bel Air, Los Angeles, dikelilingi oleh ahli keluarganya.

“Malam ini, kami terpaksa berkongsi berita pemergian bapa dan saudara kami, Quincy Jones. Walaupun ini adalah kehilangan amat besar bagi keluarga kami, kami meraikan kehidupan hebat yang dilaluinya dan tahu tiada siapa yang sepertinya,” kata kenyataan daripada keluarganya yang dikongsi dengan dpa.

Jones dianggap sebagai antara penerbit paling berpengaruh dalam industri muzik. Beliau pernah bekerjasama dengan bintang-bintang seperti Michael Jackson, George Benson, Frank Sinatra, Ray Charles, Louis Armstrong, Stevie Wonder, dan Aretha Franklin.

Dilahirkan pada 1933 di Chicago, Jones juga mengendalikan label rakaman, menggubah skor filem, menulis buku, menghasilkan filem cereka dan bersama-sama membangunkan siri TV.

Namun, beliau mencapai pengiktirafan istimewa melalui penerbitan satu daripada album paling terkenal dalam sejarah pop: Thriller oleh Michael Jackson, yang diterbitkan pada 1982. – BERNAMA-dpa

Continue Reading

Previous: Kamala Harris janji usaha tamatkan konflik di Gaza jika dipilih Presiden AS
Next: Jumlah kematian akibat serangan berterusan Israel di Gaza hampir 43,400 orang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.