Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KWSP: Penutupan sementara pejabat Bintulu berikutan banjir
  • WILAYAH

KWSP: Penutupan sementara pejabat Bintulu berikutan banjir

Utusan Sarawak 3 months ago

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menutup sementara pejabatnya di Bintulu mulai hari ini sehingga dimaklumkan kelak berikutan penutupan bekalan elektrik di bangunan terbabit sebagai langkah keselamatan susulan paras air banjir yang meningkat.

Menurut KWSP dalam kenyataan hari ini, pihaknya mengambil langkah proaktif termasuk menutup mana-mana pejabat yang terjejas untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan ahli dan anggotanya berikutan banjir yang sedang berlaku di Bintulu dan beberapa kawasan lain di Sarawak.

KWSP sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan penyedia perkhidmatan untuk menilai keadaan dan sebarang kemas kini akan dimaklumkan secepat mungkin.

Ahli-ahli yang telah membuat temu janji di pejabat KWSP Bintulu dinasihatkan untuk menjadualkan semula urusan mereka selepas keadaan banjir mulai pulih.

Untuk transaksi penting, ahli dinasihatkan untuk berurusan secara dalam talian melalui i-Akaun untuk perkhidmatan terpilih.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan transaksi KWSP, ahli boleh menghubungi Pusat Perhubungan dan Nasihat Perkhidmatan KWSP di talian 03-8922 6000 atau merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, isteri kunjungi rumah terbuka Lee Kim Shin sempena Tahun Baharu Cina
Next: Tun Wan Junaidi, isteri akhiri kunjungan Tahun Baharu Cina di kediaman Sebastian Ting

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.