SIBU, 19 November: Pusat penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek telah ditukar ke Dewan Perpustakaan Awam, Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Jalan Keranji, di sini.
Pertukaran lokasi itu dimaklumkan menerusi kenyataan media MPS yang menyatakan keputusan berkenaan dibuat mengikut ketetapan Pejabat Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.
Pertukaran pusat penamaan calon ini dibuat berikutan Dewan SMK Methodist, Sibu tidak lagi digunakan sebagai pusat penamaan calon bagi
kerusi berkenaan.
Sehubungan itu, semua calon, pencadang, penyokong, pihak media serta orang awam yang terlibat diminta mengambil maklum mengenai perubahan berkenaan dan membuat persiapan sewajarnya.
Oleh Akun Giman



