RIYADH: Arab
Saudi dijangka mengambil tindakan tegas dan memeritkan bagi menangani kesan
ekonomi akibat koronavirus.
Menteri Kewangannya berkata kesemua pilihan untuk tangani krisis itu kini
terbuka.
Mohammed Al-Jadaan menyatakan kerajaan juga akan mengurangkan perbelanjaan
secara mendadak.
Tambah beliau, kesan Covid-19 terhadap kewangan Arab Saudi akan muncul pada
suku kedua tahun ini.
Antara langkah yang diambil adalah dengan memperlahankan projek
kerajaan, termasuk projek mega bagi mengurangkan perbelanjaan.
Pengeksport minyak terbesar dunia itu terkesan berikutan kemerosotan harga
minyak dunia.
Rizab pertukaran asing Bank Pusat Arab Saudi jatuh pada bulan Mac dengan pantas dalam tempoh 20 tahun mencapai tahap terendah sejak 2011 sementara defisit kerajaan merosot kepada AS$9 bilion susulan kejatuhan pendapatan minyaknya.-AFP