Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kunjungan TBC simpul silaturahim bersama media
  • TEMPATAN

Kunjungan TBC simpul silaturahim bersama media

Utusan Sarawak 2 years ago

Pengurus Besar Utusan Sarawak Ivy Ngo (kiri) menerima buah tangan berupa biskut daripada Kaunselor Goh Tze Hui mewakili Datuk Bandar MBKS Wee Hong Seng diiringi salah seorang pegawai Ting Tiew Lik (kanan). Turut kelihatan Pengurus Pemasaran dan Peredaran Kong Hua Ming (dua, kanan).

KUCHING: Setiap sambutan perayaan perlu dilihat sebagai medium memupuk perpaduan antara semua kaum ke arah menjadikan Sarawak khasnya dan Malaysia khususnya, sebuah negara maju dalam pelbagai bidang.

Bersempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) kali ini, Utusan Sarawak telah menerima beberapa kunjungan dari organisasi badan bukan kerajaan, korporat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Antaranya ialah badan bukan kerajaan CanHope di bawah naugan Pusat Kanser Parkway, Singapura, yang menjalankan perkhidmatan kaunseling dan sokongan bagi kanser, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), H & G Communication Sdn Bhd dan Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd.

Kunjungan telah disambut mesra oleh Pengurus Besar Utusan Sarawak Ivy Ngo, Pengurus Pemasaran dan Peredaran Kong Hua Ming dan kakitangan Utusan Sarawak.

CanHope diwakili Pengurus Kawasan yang juga seorang Kaunselor bagi Malaysia Timur Connie Tan Lee Choo, mewakili Datuk Bandar MBKS Wee Hong Seng ialah Kaunselor Goh Tze Hui dan salah seorang pegawai Ting Tiew Lik.

Bagi pihak H & G Communication Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Urusan Priscilla Liew dan salah seorang kakitangan iaitu Nabila Abdul Malik, manakala mewakili Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd Penolong Kanan, Komunikasi Korporat Deanna Michele Buin.

Kesemua buah tangan berupa buah, biskut dan air berkarbornat telah disampaikan di Pejabat Utusan Sarawak di Jalan Abell Utara, semalam.

Continue Reading

Previous: Dr Sim rai pengamal media
Next: Lampu isyarat di Tabuan Tranquility kini mula beroperasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.