KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan hormat Pengarah baharu Malaysia Productivity Corporation (MPC) Sarimah Misnan di Wisma Sumber Alam di sini semalam.
Pada kunjungan hormat itu, Sarimah memberi taklimat mengenai program MPC di Sarawak sepanjang tahun 2020.
Turut hadir Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd Naroden Majais dan Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED), Datu Liaw Soon Eng.