Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia tiba di Madinah
  • NASIONAL

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia tiba di Madinah

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KUMPULAN pertama (KT1) 284 jemaah haji Malaysia musim 1446H/2025 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, sekitar 8.04 pagi waktu tempatan. – Foto Tabung Haji

MADINAH: Kumpulan pertama (KT1) 284 jemaah haji Malaysia musim 1446H/2025 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, di sini sekitar 8.04 pagi waktu tempatan.

Ketibaan mereka di bangunan penginapan jemaah haji di Hotel Emaar Royal Madinah pada 9.35 pagi, disambut Ketua Konsulat Malaysia di Jeddah Roslan Sharif dan pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) antaranya Konsul Haji Malaysia Radin Adi Hilmi dan Pengarah Operasi Madinah Affandi Abdullah.

Kumpulan jemaah haji berkenaan yang terdiri daripada 112 jemaah lelaki dan 141 jemaah wanita, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 4.12 pagi, menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050.

Bagi musim haji kali ini, kerajaan Arab Saudi meluluskan sebanyak 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia dan mereka dijangka tiba di Madinah dan Makkah secara berperingkat, bermula hari ini.

Sementara itu, Roslan berkata komitmen tinggi TH dan petugas haji amat membanggakan dan mendoakan musim haji tahun ini berjalan lancar dan memperoleh haji yang mabrur.

Satu lagi penerbangan dari Malaysia (KT2), dijangka akan tiba di Madinah hari ini pada 10.38 pagi (waktu tempatan) melibatkan 329 jemaah, manakala KT3 akan tiba pada sekitar 2.10 petang (waktu tempatan) melibatkan 254 jemaah.

Dalam pada itu, seorang jemaah haji Supiah Hussin, 70, tidak dapat menahan sebak sebaik tiba di bumi Madinah dan bersyukur kerana akhirnya terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini.

“Saya menyimpan duit selama 15 tahun hasil berniaga kuih. Walaupun tak banyak, kadang-kadang cuma dapat RM10 atau RM20 sehari, tetapi Alhamdulillah, akhirnya Allah menjemput saya menjadi tetamu-Nya,” katanya.

Sepanjang tempoh enam hari lima malam berada di Madinah sebelum bertolak ke Makkah, jemaah haji akan mengikuti program serta aktiviti diatur TH, iaitu ziarah dalam melibatkan aktiviti ziarah Masjid Nabawi, makam Rasulullah SAW dan ziarah raudah, selain ziarah ke tempat bersejarah di sekitar bandar Al-Munawwarah. -Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Pegawai terlibat kesilapan Jalur Gemilang dalam laporan SPM telah dikenal pasti – KSN
Next: Mustakim Mohamad dilantik Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.