Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Kugiran ABCDE!! juara pertandingan ‘Battle Of The Band’ 
  • HIBURAN

Kugiran ABCDE!! juara pertandingan ‘Battle Of The Band’ 

Utusan Sarawak 7 months ago

Para pemenang Pertandingan Battle of the Band (BOTB) dan Kostum Tradisional bergambar kenangan bersama pihak penganjur.

BINTULU: Kugiran ABCDE!! muncul johan pertandingan ‘Battle Of The Band’ (BOTB) yang berlangsung di Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) di sini, baru-baru ini.

Pertandingan sempena Karnival Muzik dan Sukan (KAMUS) edisi ke-2 2024 itu turut menyaksikan kugiran Medusa meraih naib johan manakala Equinox Band menduduki tempat ketiga. 

Bagi anugerah individu, ahli kugiran ABCDE!! turut memenangi anugerah Vokalis dan Drummer Terbaik. 

Gitaris Terbaik dimenangi oleh ahli kugiran Cerobong Hitam, Pemain Bass Terbaik oleh ahli kugiran The Stranger, dan Pemain Keyboard Terbaik diraih oleh ahli kugiran POP Orang Awam.

Pada masa sama, Pertandingan Kostum Tradisional turut berlangsung, menyaksikan Elizabeth Lian yang memperagakan pakaian tradisional Orang Ulu dinobatkan sebagai johan. 

Thevasri Pariyasamy meraih naib johan, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Amirul Hakim Gani.

Menurut satu kenyataan UPMKB, KAMUS 2024 anjuran Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) dan UPMKB itu dilaksanakan dengan kerjasama Bintulu Port Holdings Berhad, Konsortium Universiti Universitas Borneo, dan Remix Technologies. 

Seramai tujuh kumpulan bertanding dalam BOTB, manakala 13 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan Kostum Tradisional.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Ketua Pentadbir Pejabat Pengurusan Pelajar UPMKB, Mohamad Syukri Mohamad Adnan, yang mewakili Pengarah Kampus. 

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Institut Ekosains Borneo (IEB) UPMKB, Dr. Syeed SaifulAzry Osman Al Edrus; Ketua Perpustakaan UPMKB, Awang Ahmad Faizi Awang Dahlan, serta Penolong Pegawai Belia dan Sukan UPMKB, Mohammad Thaqif Tong.

Continue Reading

Previous: Artis terkenal negara, antarabangsa bakal meriahkan Borneo Jazz Festival di Miri
Next: Tersenarai di The Muslim 500, Siti Nurhaliza luah rasa syukur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.