Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kuching kini Zon Kuning
  • TEMPATAN

Kuching kini Zon Kuning

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Setelah lebih sebulan dikategorikan sebagai zon merah dalam klasifikasi kes positif Covid-19, daerah Kuching semalam kini berstatus Zon Kuning apabila bilangan kes baharu yang dilaporkan adalah kurang daripada 40 dalam tempoh 14 hari lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut mengumumkan tiada kes positif baharu penyakit itu dilaporkan di seluruh negeri ini bagi mengekalkan sifar kes sejak semalam.

“Enam kes positif Covid-19 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak telah sembuh. Daripada keseluruhan jumlah kes (sebanyak 544 yang direkodkan), 74.45 peratus (405 kes) telah sembuh,” katanya, yang juga Timbalan Ketua Menteri, pada sidang media harian perkembangan penyakit itu di negeri ini.

Menurutnya memandangkan terdapat kluster baharu dikenali Kluster Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di luar Sarawak dilaporkan, semua individu yang baru tiba di negeri ini dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan akan diambil sampel dan disaring sebelum dikuarantin sementara menanti keputusan ujian sampel mereka.

“Sekiranya keputusan sampel mereka adalah negatif, barulah mereka dibenarkan pulang, dipasangkan “wristband” (jalur pergelangan tangan) dan seterusnya menyambung kuarantin di rumah (masing-masing),” katanya. — BERNAMA

Continue Reading

Previous: Jangan lakukan rentas bahagian, negeri
Next: RM6 juta pampasan kepada 58 pemilik tanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.