Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • KSDS Lollipop juara Dart Tertutup, Jemputan Piala Prof. Dr. Tunza 2025
  • SUKAN

KSDS Lollipop juara Dart Tertutup, Jemputan Piala Prof. Dr. Tunza 2025

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PESERTA Pertandingan Dart Tertutup & Jemputan Piala Prof. Dr. Tunza 2025 bergambar kenangan selepas kejohanan di Saratok pada 26 dan 27 April 2025.

SARATOK: Pasukan KSDS Lollipop muncul juara Pertandingan Dart Tertutup dan Jemputan Piala Prof. Dr. Tunza 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula 26 April lalu, mengatasi 47 pasukan lain dari zon tengah Sarawak.

Dalam aksi final yang berlangsung sengit, KSDS Lollipop menewaskan Crocs28 yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Tempat ketiga menjadi milik KSDS Aszmiey, manakala Kapit2 dari Kapit menduduki tempat keempat.

Kejohanan anjuran Kelab Sukan Dart Saratok (KSDS) itu berjaya menghimpunkan pemain dari beberapa kawasan, termasuk Sibu, Saratok, Betong dan Sri Aman, sekali gus memperlihatkan potensi bakat sukan dart di peringkat tempatan.

Dalam satu kenyataan, KSDS merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, termasuk peserta, penyokong dan penaja utama, Prof. Dr. Tunza, yang menyumbangkan hadiah serta sokongan kepada kejohanan kali ini.

“Semangat kesukanan, kecekalan serta persaudaraan yang dipamerkan sepanjang kejohanan ini membuktikan bahawa sukan mampu menjadi platform terbaik untuk menyatukan masyarakat,” menurut kenyataan itu.

KSDS berharap kejohanan ini dapat menjadi platform untuk mencungkil lebih ramai bakat baharu serta membantu melonjakkan nama Saratok dan Sarawak dalam arena sukan dart.

Selain pertandingan utama, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan, menarik penyertaan aktif daripada komuniti setempat dan memeriahkan suasana kejohanan.
Oleh Tarani Lanting

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kekalkan program latihan sedia ada -Ken Nee
Next: Piala Sudirman 2025: Malaysia tewaskan Australia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.