Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • KRU Soyuz MS-26 selamat mendarat di Kazakhstan
  • GLOBAL

KRU Soyuz MS-26 selamat mendarat di Kazakhstan

Utusan Sarawak 4 weeks ago
TIGA angkasawan pulang dari misi di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selamat mendarat di Kazakhstan awal pagi Sabtu.

MOSCOW: Tiga angkasawan yang pulang dari misi di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) berjaya dikeluarkan daripada modul Soyuz MS-26 yang mendarat di Kazakhstan awal pagi Sabtu.

Pendaratan itu disiarkan secara langsung oleh agensi angkasa lepas Rusia, Roscosmos, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Angkasawan Rusia Aleksey Ovchinin dan Ivan Vagner, bersama angkasawan NASA, Donald Pettit disambut oleh pasukan mencari dan menyelamat sejurus pendaratan.

PENDARATAN disiarkan secara langsung oleh agensi angkasa lepas Rusia, Roscosmos, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Sebagai simbolik kepada sambutan Easter, Ovchinin menerima sebiji telur yang dinikmatinya di lokasi pendaratan.

Kru berkenaan meninggalkan ISS pada 19 April 21.57 GMT selepas mengucapkan selamat tinggal kepada angkasawan yang masih bertugas di stesen itu — termasuk warga Rusia Sergey Ryzhikov, Alexey Zubritsky dan Kirill Peskov, warga Amerika Anne McClain, Nicole Ayers dan Johnny Kim, serta angkasawan Jepun Takuya Onishi.

Selepas memperlahankan kelajuan, ia memasuki semula atmosfera bumi dan mendarat menggunakan sistem payung terjun.

Sepanjang berada di ISS sejak 11 September 2024, Ovchinin dan Vagner melaksanakan lebih 40 eksperimen saintifik dan terlibat dalam satu misi berjalan di angkasa lepas pada Disember lalu, yang antara lainnya melibatkan pemasangan spektrometer ‘All Sky Monitor’ di bahagian luar ISS. – Bernama-Sputnik/Ria Novosti

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Protes anti-Trump melanda di bandar-bandar AS
Next: Sekurang-kurangnya 11 maut bangunan runtuh di India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.