Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KRT Taman Harmoni disertai pelbagai etnik
  • Selatan
  • WILAYAH

KRT Taman Harmoni disertai pelbagai etnik

Utusan Sarawak 4 months ago
SAMBUTAN Hari Keluarga KRT Taman Harmoni di Dewan Komuniti Taman Harmoni semalam.

SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Harmoni disertai ahli jawatankuasa pelbagai etnik akan terus diperkukuh sebagai pertubuhan yang menyanjung tinggi dan memelihara keharmonian pelbagai kaum di daerah itu.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Harmoni, Hajimalie Morshidi berkata ia berdasarkan kepada keanggotaannya disertai etnik kaum Iban, Melayu dan juga Cina yang tiada halangan untuk bergaul mesra.

Katanya, penduduk boleh berkomunikasi dalam bahasa yang sama, memahami budaya berbeza antara satu sama lain dan hidup dalam harmoni.

“Sepanjang 2024, KRT Taman Harmoni sentiasa bergerak aktif, terutama melibatkan aktiviti menyatupadukan komuniti serta memperkukuh konsep perpaduan nasional.

“Usaha ini bukan hanya kepentingan kelompok masyarakat sahaja tetapi memberi impak positif terhadap ketenteraman negara dan masyarakat majmuk negara ini,” katanya semasa berucap merasmikan Hari Keluarga KRT Taman Harmoni bertempat di Dewan Komuniti Taman Harmoni di sini semalam.

Hajimalie berkata sebagai pertubuhan yang dekat dengan masyarakat, peranan KRT tidak harus terbatas kepada usaha mewujudkan perpaduan dan suasana aman dalam komuniti sebaliknya harus dikembangkan sebagai badan yang mendidik masyarakat.

“Selain itu juga KRT turut aktif menjalankan rondaan melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang berperanan amat penting dalam memastikan keselamatan dalam membantu keberkesanan pihak polis.

“Keselamatan sesebuah kampung atau taman perumahan sebenarnya bergantung kepada kerjasama semua penduduk.

“Pelaksanaan SRS ini misalnya adalah salah satu platform penting bagi mewujudkan semangat kerjasama di antara semua penduduk pada masa akan datang,” katanya.

Hajimalie mahu golongan muda dan belia di kawasan Taman Harmoni untuk menyertai KRT dan juga SRS bagi memastikan keberkesanan penubuhannya sebagai penggerak perubahan dalam kalangan masyarakat.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sunathon Khatan 2025 dianjurkan pada skala besar
Next: Laluan 910.6km sepanjang Jalan Miri-Bintulu ditutup sementara mulai esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.