Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Krisis Covid-19 India semakin serius
  • GLOBAL

Krisis Covid-19 India semakin serius

Utusan Sarawak 5 years ago
PIHAK polis menahan orang ramai yang melanggar perintah kawalan pergerakan di Siliguri, India berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19. • Foto AFP

NEW DELHI: Kementerian Kesihatan India melaporkan 551 kematian dan 28,637 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, yang juga peningkatan tertinggi setakat ini.

Penambahan itu meningkatkan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu kepada 820,916 kes termasuk 22,696 kematian manakala 536,314 dilaporkan sembuh.

“Jumlah kes aktif Covid-19 di India sekarang membabitkan 292,258 pesakit dan negara sudah masuk fasa ‘Unlock 2.0’ walaupun sekatan masih dilaksanakan di zon terjejas teruk,” menurut kenyataan kementerian itu.

India kini di tempat ketiga menggantikan Russia, selepas Amerika Syarikat (AS) dan Brazil, dalam senarai negara paling terjejas di dunia akibat Covid-19, berdasarkan statistik Johns Hopkins University.

Minggu lalu pemantau penerbangan awam India, Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA), mengumumkan bahawa penerbangan antarabangsa komersial keluar masuk ke India akan tetap ditangguhkan sehingga 31 Julai.

Khamis lalu, kerajaan Uttar Pradesh, negeri dengan kepadatan penduduk tertinggi, melaksanakan sekatan pergerakan hujung minggu bermula malam Jumaat hingga pagi Isnin untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Hab teknologi di selatan India, Bangalore, yang menempatkan pejabat Microsoft, Apple dan Amazon, mengumumkan perintah berkurung selama seminggu bermula Selasa ini berikutan peningkatan mendadak penularan virus itu.

New Delhi, Mumbai, Chennai, Bangalore dan Pune adalah antara bandar utama di India menyaksikan peningkatan ketara kes Covid-19 secara mendadak, yang mendorong beberapa kerajaan negeri melaksanakan perintah berkurung. – AFP

Continue Reading

Previous: Datuk guna sepanduk cari cucu
Next: Ekonomi Singapura susut 12.6 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.