Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • KPTMSB salur dividen RM19.97 juta kepada MARA Corp
  • PENDIDIKAN

KPTMSB salur dividen RM19.97 juta kepada MARA Corp

Utusan Sarawak 7 hours ago
MAJLIS serahan dividen itu disempurnakan oleh Pengerusi KPTMSB Datuk Shamshulkahar Mohd Deli kepada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corp Datuk Amir Azhar Ibrahim sempena program Penglibatan Strategik Tahap Kecemerlangan Seterusnya (NLE30) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, bersempena sambutan Hari MARA ke-60. Foto Facebook Kolej Poly-Tech MARA

KUALA LUMPUR: Kolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd (KPTMSB) menyalurkan dividen sebanyak RM19.97 juta bagi tahun kewangan berakhir 2025 kepada MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp), sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai penyumbang nilai dalam ekosistem pendidikan MARA.

Menerusi kenyataan hari ini KPTMSB memaklumkan penyaluran dividen itu mencerminkan momentum prestasi kukuh syarikat yang berterusan sejak tiga tahun lepas, dipacu oleh peningkatan enrolmen pelajar, pengoptimuman kos operasi serta pengukuhan model perniagaan berteraskan industri. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya Radzuan Razali berkata prestasi berterusan itu membuktikan keberkesanan strategi jangka sederhana yang dilaksanakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, selain komitmen berterusan dalam menyumbang kepada kelestarian kewangan kumpulan MARA Corp.

“Peningkatan dividen ini bukan sekadar hasil prestasi kewangan semasa, tetapi refleksi kepada asas perniagaan yang semakin kukuh. Kami telah menyusun semula model operasi dengan memberi fokus kepada program berasaskan industri, kecekapan kos dan pengembangan segmen pendidikan premium. 

“Bagi 2026, KPTMSB menyasarkan pertumbuhan hasil dua digit serta peningkatan margin keuntungan melalui pengembangan kampus strategik termasuk Cyberjaya dan Sarawak, serta peluasan program Pengurusan Eksekutif (EMP) dan pembelajaran fleksibel,” katanya.

Beliau berkata KPTMSB menyasarkan untuk muncul sebagai penyedia pendidikan profesional pilihan utama di rantau ini selain memperkukuh kerjasama industri bagi memastikan penawaran program kekal relevan dengan keperluan pasaran kerja masa depan, selari dengan agenda pembangunan modal insan Bumiputera. 

Majlis serahan dividen itu disempurnakan oleh Pengerusi KPTMSB Datuk Shamshulkahar Mohd Deli kepada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corp Datuk Amir Azhar Ibrahim sempena program Penglibatan Strategik Tahap Kecemerlangan Seterusnya (NLE30) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, bersempena sambutan Hari MARA ke-60. 

Pada majlis itu, beberapa inisiatif turut dilaksanakan termasuk pertukaran lapan dokumen kerjasama strategik bersama rakan industri, pelancaran kampus baharu di Cyberjaya (Bangi-DBS) dan Sarawak, pengenalan EMP oleh Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) serta pelancaran penjenamaan bersatu KPTMSB. – Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Unimas diiktiraf sebagai Pusat Latihan Kekompetenan Gas dan Elektrik Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.