Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPT pertimbang laksana program TVET peringkat ijazah di seluruh Politeknik di Malaysia
  • NASIONAL

KPT pertimbang laksana program TVET peringkat ijazah di seluruh Politeknik di Malaysia

Utusan Sarawak 2 years ago
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika melawat pameran pemeriksaan kesihatan pada Program Kekal Sihat Prihatin MADANI Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Dewan Sri Tanjung, Tanjung Sedili, hari ini. Hadir sama Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman (kanan). FotoBERNAMA

KOTA TINGGI: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan program peringkat ijazah dalam bidang teknikal dan vokasional (TVET) di seluruh politeknik di Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata cadangan itu dipertimbangkan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), kerana ia melibatkan penyediaan tenaga pakar, akademik dan sebagainya.

“Kita akan beri perhatian dalam TVET kepada soal penyediaan tempat pemahiran, pemahiran semula dan peningkatan kemahiran. Itu sangat penting, kerana ia sebahagian daripada usaha kita menyedia dan memperkukuh dan memperkasakan, penawaran pembelajaran sepanjang hayat.

“Dari segi kebolehpasaran, graduan TVET lebih baik daripada pelajar biasa (akademik) yang mana  kedua-duanya melepasi 90 peratus. Jadi tumpuan kita hendak melihat pemadanan pembelajaran dengan kerja dan gaji yang lebih baik..,” katanya selepas Program Kekal Sihat KPT Prihatin MADANI di Dewan Sri Tanjung, Tanjung Sedili di sini, hari ini.

 Dalam pada itu Mohamed Khaled turut menegaskan hasrat kementerian, untuk memperluaskan pengajian bagi menarik lebih ramai pelajar dalam TVET.

“Memang saya sudah nyatakan terutama untuk RMK13, saya ingin melihat peluasan dan pembesaran pembukaan cawangan-cawangan kampus terutama Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), dan kita perkukuhkan lagi politeknik yang ada,” katanya.

Setakat ini, empat rangkaian MTUN merangkumi Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). – Bernama

Continue Reading

Previous: Tragedi Elmina: Proses bedah siasat mangsa nahas pesawat selesai, tunggu padanan DNA
Next: Tragedi Elmina: Agong beri sumbangan peribadi kepada balu mangsa nahas pesawat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.