Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPM perkenal MySTEP di 274 sekolah menengah kurangkan beban guru
  • NASIONAL

KPM perkenal MySTEP di 274 sekolah menengah kurangkan beban guru

Utusan Sarawak 3 months ago

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat semalam - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan inisiatif Pembantu Guru Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) di 274 sekolah menengah seluruh negara sebagai langkah memastikan kesejahteraan guru terus terpelihara.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berkata pada fasa awal pelaksanaan, seramai 548 pembantu guru MySTEP akan ditempatkan di sekolah menengah yang mempunyai 1,500 murid atau lebih serta di tujuh Sekolah Menengah Pendidikan Khas.

“Inisiatif ini adalah antara usaha KPM bagi memastikan isu yang terkait dengan beban tugas guru dapat ditangani, sekali gus meningkatkan kesejahteraan mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Fadhlina berkata inisiatif ini merupakan kali pertama dilaksanakan sebagai sebahagian daripada langkah KPM untuk meringankan beban tugas guru, membolehkan mereka memberi fokus sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) di bilik darjah.

Semalam, ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja bagi KPM di Dewan Rakyat, beliau menegaskan bahawa usaha ini selaras dengan komitmen kementerian dalam memperkasakan ekosistem pendidikan dan memastikan kesejahteraan tenaga pengajar terus diberi keutamaan.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Pencarian baharu MH370 oleh Ocean Infinity: Keluarga jejak kemajuan dalam talian
Next: JBPM siap siaga hadapi musim kemarau dijangka bermula Mac

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.