Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPM beri guru, sekolah autonomi dalam ujian akhir sesi akademik 2024/2025
  • NASIONAL

KPM beri guru, sekolah autonomi dalam ujian akhir sesi akademik 2024/2025

Utusan Sarawak 7 months ago

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan autonomi kepada guru dan sekolah dalam pelaksanaan ujian akhir sesi akademik bagi sesi 2024/2025 sebagai langkah penambahbaikan dan pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Timbalan Menteri, Wong Kah Woh, berkata penambahbaikan ini turut melibatkan perubahan bentuk pelaporan daripada penguasaan Pentaksiran Berterusan (PB) kepada format peratusan dan gred.

“Ujian akhir sesi akademik ini bukanlah ujian yang menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) kerana ia bukan peperiksaan pusat. Ujian ini bersifat ‘low stakes’ dan bertujuan untuk mengurangkan tekanan peperiksaan terhadap murid,” katanya.

Beliau menegaskan ujian ini tidak bertujuan untuk membandingkan prestasi atau pencapaian antara murid, sekolah, daerah, atau negeri tetapi lebih kepada membantu murid dalam membangunkan dan memperkembangkan potensi mereka sebagai persiapan menghadapi fasa pembelajaran seterusnya.

Beliau berkata demikian dalam sesi Kamar Khas Dewan Rakyat hari ini sebagai jawapan kepada usul yang dikemukakan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan untuk mengembalikan semula sistem peperiksaan UPSR dan PT3.

Wong berkata melalui PBS, guru dan murid dapat mengenal pasti kelemahan serta cabaran dalam pembelajaran yang membolehkan pelaksanaan program intervensi pemulihan selain pendekatan itu juga mengiktiraf kepelbagaian potensi, bakat, dan kemampuan setiap murid.

Beliau berkata pelaksanaan PBS adalah selaras dengan Education 2030 Incheon Declaration and Framework for Action yang dibentangkan di Forum Pendidikan Dunia di Korea Selatan pada 21 Mei 2015.

Deklarasi Incheon itu menggariskan pentaksiran pendidikan berkualiti melalui pentaksiran berterusan berasaskan bilik darjah serta pentaksiran komprehensif yang merangkumi aspek kognitif dan bukan kognitif. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: SPA jangka permohonan ke sektor awam meningkat 1.5 juta hujung tahun ini
Next: Garis badai bawa ribut petir, hujan lebat punca banjir di KL – MetMalaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.