Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KPDNHEP periksa 579 premis perniagaan
  • TEMPATAN

KPDNHEP periksa 579 premis perniagaan

Utusan Sarawak 5 years ago
MOHAMAD ZAWAWI

EARL ANEK

SARIKEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarikei telah membuat pemeriksaan ke atas 579 premis perniagaan di bahagian Sarikei merangkumi Sarikei, Bintangor, Pakan dan Julau sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ketua KPDNHEP Sarikei, Mohamad Zawawi berkata, bagi memastikan bekalan barangan keperluan harian mencukupi sepanjang tempoh PKP, pejabat KPDNHEP Sarikei mengenalpasti dan melantik beberapa pasar raya serta kedai runcit terpilih mengikut kawasan Parlimen sebagai penanda aras.

“Pasar raya dan kedai runcit yang terpilih tersebut adalah sebagai penanda aras bekalan barangan keperluan bagi setiap daerah sama ada bekalan barangan keperluan mencukupi atau sebaliknya.

“KPDNHEP juga akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan dari masa ke semasa bagi memastikan masyarakat pengguna dapat menikmati barangan keperluan pada harga berpatutan,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak, semalam.

Dalam pada itu, Mohamad menasihatkan pengguna supaya membeli barangan secara berhemah, menjarakkan diri ketika membuat pembelian dan tidak melakukan pembelian panik kerana stok barangan keperluan sepanjang bulan Ramadan adalah mencukupi.

Katanya, pada bulan Ramadan, bilik gerakan KPDNHEP Sarikei dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang setiap hari dan boleh dihubungi di talian 084-657751.

Continue Reading

Previous: 15 laluan di Kota Samarahan ditutup
Next: Petronas bantu sedia bekalan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.