Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KPDNHEP Mukah hargai jasa kakitangan
  • TEMPATAN

KPDNHEP Mukah hargai jasa kakitangan

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KASIH… Salihin Den(kanan) menyampaikan sumbangan kepada Ramli Amat (pesara kpdnhep) sempena hari penguatkuasa KPDNHEP yang ke- 48.

HENRY B SIYU

MUKAH: Kementerian Perdangangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Mukah telah memberi sumbangan kepada kakitangan dan bekas kakitangan sempena Hari Penguatkuasa Ke-48.

Penerimanya ialah bekas kakitangan asal  Daerah Mukah iaitu Ramli Amat  yang berkhidmat dengan KPDNHEP  Miri pada tahun 2015, Siti Hasimah asal  Matu (KPDNHEP Miri-2018) dan Mohamad Affendy Ariffin asal Dalat (KPDNHEP Keningau-2012).

Manakala kedua pembantu tadbir di pejabat mereka, Awang Muhd Naib Awang Ja’afari  dan Norlida Mahdar, juga menerima sumbangan yang berupa barang keperluan harian berkenaan.

Ketua Cawangan KPDNHEP  Mukah, Salihin Den, menyatakan untuk mengagihkannya kepada penerima, mereka membuat kunjungan silaturahim Ramadan, manakala Awang Muhd Naib dan Norlida Mahdar yang sedang berkhidmat diserahkan di pejabat.

“Lawatan sempena bulan Ramadan terhadap mereka adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan tanda terima kasih kepada bekas kakitangan yang telah menabur bakti sepanjang kerjaya mereka. Walaupun mereka ini terdiri daripada kakitangan sokongan, namun sumbangan tenaga dan masa serta pengorbanan mereka tidak boleh dinafikan di dalam melicinkan perjalanan pentadbiran pejabat,” ujarnya.

Sehubung itu, ujarnya,sempena dengan Ulang tahun Ke-48 yang jatuh pada 17 April lalu, mereka telah mengambil inisiatif mengumpul derma di kalangan kakitangan KPDNHEP Mukah bagi membeli barang keperluan asas untuk sumbangan itu.

“Diharapkan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh kakitangan dan bekas kakitangan yang berasal dari Bahagian Mukah ini di dalam menjalani kehidupan sebagai penjawat awam dan pesara,” katanya lagi.

Continue Reading

Previous: Poliklinik Miri menerima 500 penutup mulut dan hidung
Next: Rumah dua tingkat musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.